QIAFAH DAN FIRASAH
MUQADDIMAH
Firman Allahu Ta’ala di dalam Surah
Ali Imran ayat 190 ;
ان في خلق السموات والارض واختلاف اليل
والنهار لايت لاولى الالبب
‘ sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi serta perselisihan
malam dan siang, ia menjadi tanda-tanda bagi orang yang berfikir”
Itu adalah diantara ayat-ayat Allah Ta’ala yang
telah tercatat di dalam al-quran yang menyebut tentang “tanda-tanda” , dan
tanda-tanda itu adalah termasuk daripada makhluk Allah ta’ala sebagai satu alat
untuk MENGENAL sesuatu, dan yang terbesar adalah sebagai dalil atau jambatan
mengenal adanya Pencipta, dan tukang buat yang bersifat dengan Wahdaniah 1. Berkata Al-Qurtubi bahawa tanda-tanda
itu juga adalah sebagai “alamat-alamat” yang menerbitkan kata “alam” 2. Sesungguhnya kesemua tanda-tanda itu
tidak terbatas meliputi zahir dan batin dan ia adalah makhluk yang diciptakan
Allah untuk manusia.
PENELITIAN PEMERHATIAN MELALUI TANDA-TANDA
Penelitian atau pemerhatian di dalam Islam
menjadi satu perkara yang antara perkara-perkara yang di suruh oleh Allah
antaranya surah Az-Zariat ayat 21 yang menyebut ;
وفي انفسكم افلا تبصرون
“Dan di dslam kejadian diri kamu apakah kamu
tidak perhatikan”
Lafaz افلا
(apakah tidak) adalah berupa satu kata soal yang mengandungi maksud perintah.
Dengan kata lain bahawa memerhati tentang kejadian ciptaan ke atas diri itu
berupa satu jalan perintah untuk makrifatullah.
Begitulah halnya mengenai mengenal dan mengetahui TANDA-TANDA yang
sebenarnya ia juga adalah sebahagian daripada Ayat-Ayat Allah yang tidak berupa
tulis (bukan Kalam) sebagaimana al-Quran yang gunanya untu kegunaan manusia
sebagai jalan mengenal kebesaran Allah dan sebagai jalan meneruskan kehidupan
di atas muka bumi ini. Antara ayat-ayat yang menyebut tentang dunia ini adalah tanda-tanda
seperti di dalam surah Az-Zariat ayat yang 20;
وفي الارض ءايت
للموقنين
‘Dan di dalam kejadian bumi
terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang yakin” .
Selain daripada “tanda-tanda” yang berupa ‘ayat-ayat’
Allah sebagai wasilah mengenal Kebesaran Allah, al-Quran juga ada menyebut lafaz
tanda sebagai cara mengenal seseorang seperti seorang pendosa. Firman Allah
dalam surah Ar-Rahman ayat 41;
يعرفو المجرمون بسيماهم
“Di kenal orang-orang yang melakukan dosa itu
melalui tanda-tanda”
Lafaz سيماء
atau “tanda” yang disebut oleh al-quran itu sebagai tanda hitam pada wajahnya
sebagaimana yang telah ditafsir oleh para mufassirin 3.
Berkaitan dengan itu , segala tanda-tanda yang Allah pamerkan melalui ayatnya itu
bolehlah di sebutkan sebagai dalil ke atas ilmu qiafah. Adapun dalil al-quran
tentang ilmiu firasah antaranya mengenai pembongkaran Al-Quran terhadap seorang munafiq Al-Akhnas bin Syariq yang terlalu memuji-muji secara berlebihan
ke atas Rasulullah sedangkan dia sebenarnya seorang munafiq. Sikap yang suka
memuji-muji itu adalah berupa ilmu firasah yang disebut-sebut oleh ahli fikir
bijak pandai orang-orang melayu seperti bidalan, “kalau tiada apa-apa, masakan
burung tempua bersarang rendah”.
APA ITU QIAFAH DAN FIRASAH
Qiafah dan Firasah adalah satu ilmu yang pada
zaman mutaakhir ini telah jarang-jarang disebut walaupun pada reality kini ia
sentiasa dipelajari dan diamal oleh hampir setiap orang khasnya yang terlibat
dengan bidang-bidang tertentu.
Ilmu qiafah dan firasah adalah sebahagian
daripada ilmu kemanusiaan atau yang berkait dengan sosiologi dan antropologi.
Di dalam kitab-kitab lama ada juga yang disebut sebagai ilmu nujum yang lebih
mikro, iaitu bukan melibatkan hubungan manusia dengan bintang-bintang dan
penentuan nasib manusia, tetapi yang berkaitan dengan mengenali sikap dan watak
manusia berdasarkan kepada sesuatu tanda atau alamat yang nyata pada diri
manusia itu sendiri.
Perlu difahami juga bahawa ilmu tersebut
bukanlah satu ilmu yang menetapkan secara pasti apa yang akan terjadi ke atas
manusia atau menetukan secara muktamad apa-apa yang bakal berlaku ke atas
manusia dan masa depan, tetapi hanya sekadar "tanda-tanda atau
alamat-alamat" yang menunjukkan kepada sesuatu alamat yang menunjukkan
sikap atau watak atau tindakan yang bakal berlaku sebagaimana yang telah
disebut oleh pengarang kitab Tajul Muluk tentang ilmu nujum bahawa ilmu nujum
ini ialah diibaratkan sebagai satu alamat akan berlakunya sesuatu berdasarkan
tanda-tanda tertentu sepert langit mendung ditutupi awan menandakan akan
berlakunya hujan, walaupun kadang-kadang hujan tidak pun turun. Malah Jika
seseorang itu beriktiqad secara putus bahawa hujan akan turun apabila langit
mendung, maka pada ketika itu telah berlakunya TASYA-UM yang ternyata telah
berlakunya syirik dengan Allah. Adapun makna Tasya-um itu ialah beriktiqad secara
putus dengan beranggapan bahawa sesuatu yang buruk atau sial akan berlaku
berdasarkan kepada samada pada hari-hari tertentu, atau pada individu-individu
tertentu atau pada kejadian-kejadian tertentu.
DEFINISI QIAFAH DAN FIRASAH
Ilmu qiafah adalah satu ilmu yang merujuk kepada
kemahiran mengetahui watak seseorang manusia berdasarkan kepada bentuk fizikal
manusia, seperti bentuk hidung, bentul alis mata, bulu kening, bibir, bentuk
dagu, bentuk muka, kaki, jari dan sebagainya. Adapun ilmu firasah pula ialah
satu ilmu yang dengannya manusia itu dapat menjangka keadaan watak atau jiwa
seseorang berdasarkan kepada bentuk-bentuk pergerakan manusia, seperti cara
bejalan, cara duduk, cara memandang, cara bercakap dan sebagainya. Namun
kesemua alamat atau tanda-tanda yang terzahir itu bukanlah sesuatu yang secara
pasti atau yakin bahawa ia secara mutlak betul. Melainkan apa-apa yang telah
berlaku perkhabaran secara yakin melalui Wahyu yang hanya di sampaikan kepada
para Nabi-Nabi dan Rasul sahaja.
PEMBAHAGIAN / JENISNYA
Jenis-jenis atau pembahagian ilmu ini bolehlah dibahagikan kepada 4 jenis atau tahap yang terangkum di dalam 2 bahagian besar. Ia bergantung juga kepada hubungan manusia itu dengan manusia dan hubungan dengan Allah.
1: Qiafah dan Firasah Syari'e.
Maqam mengenal manusia bagi darjat ini adalah hanya terkhusus bagi para nabi-Nabi dan Rasul sahaja, serta para Aulia Allah yang soleh-soleh. Mereka dapat mengenal sesuatu kelakuan atau peribadi manusia lain adalah dengan pandangan atau bimbingan Wahyu dari Allah dan juga ilham bagi para Wali-Wali Allah.
2: Qiafah dan Firasah Hukumi.
Adapun bagi maqam ini ia adalah diperolehi melalui proses pembelajaran bersama guru dan pengalaman-pengalaman. Ia biasanya diperolehi oleh para hukama atau para hakim atau ahlul ilmi yang mantap dan mendalam pemerhatiannya terhadap manusia dan orang sekitarnya.
CONTOH-CONTOH
Dalam artikel ini tidaklah saya ingin menyebut secara khusus tentang sesuatu qiafah dan firasah itu, cukuplah hanya sekadar menyebut beberapa contoh untuk memberi faham tentang qiafah dan firasah itu. Abtara tanda-tanda qiafah seperti berdasarkan pada dagu, saiz mata, kening, hidung, dahi, bentuk rambut, warna kulit, saiz tubuh besar atau kecil atau sedan, bentuk jari dan sebagainya.
Adapun firasah pula melihat pada geraklaku seseorang samada cara dia berjalan, cara bercakap, cara tuturannya, cara berpakaiannya, dan sebagainya.
wallahu a'lam.
SEKIAN.
3 Antaranya
oleh imam jalaluddin assuyuti dalam tafsirnya . Juga oleh Al-Hafiz Ibnu Kastir
dalam Tafsir Al-Quran Al-‘Azim, Maktabah Taufiqiah Al-Azhar,(2008), Juz..7,
hal. 322, daripada ilmu kemanusiaan atau yang berkait dengan sosiologi dan antropologi. Di dalam kitab-kitab lama ada juga yang disebut sebagai ilmu nujum yang lebih mikro, iaitu bukan melibatkan hubungan manusia dengan bintang-bintang dan penentuan nasib manusia.
1 Imam
al-hafiz imaduddin abil Fida’ Ismail bin Kastir damisqi (ibnu kasir), Tafsir
Al-Quranul karim, maktabah taufiqiah, Jaami’ah al-azhar, 2008, hal.36.
2 Ibid.
No comments:
Post a Comment