SYEIKH SIDI ABDUL ALTIF
PENGENALAN
Pada asasnya Syeikh Sidi Abdul Latif bin Awang
ini bukanlah seorang tokoh yang dikenali dengan hasil-hasil karangan
kitab-kitab atau pengembangan pondok sebagaimana ulama-ulama seangkatan atau
sezamannya. Tetapi nama beliau cukup dikenal sebagai seorang Ulama dan
pendakwah yang berani “turun padang” berceramah di masjid-masjid atau di
padaang-padang luas. Pada eranya, apabila diceritakan bahawa Tuan Sidi Abdul
Latif akan turun berceramah, maka seluruh penduduk-penduduk akan berbondong-bondong
dan para ibu sanggup mendukung anak ke tempat ceramahnya itu 7 , dan mungkin seumpama semeriah dengan
tokoh pendakwah masa kini iaitu Ustaz Azhar Idrus dari Terengganu itu.
Tuan Syeikh Sidi Abdul Latif juga dikenal
sebagai seorang yang berani turun berdakwah ke pusat-pusat judi sabung ayam dan
seumpamanya yang pada adat kebiasaannya pasti di situ akan dipenuhi dengan
“orang-orang gedebe” dan “tetak orang”. Menurut
cerita yang pernah penulis dengar 8 bahawa dahulunya Syeikh Sidi Abdul Latif pernah pergi ke tempat pemuda-pemuda
berjudi, tetapi apabila diketahui bahawa Syeikh Sidi Abdul Latif ada pada
tempat itu, maka semua kaki judi tersebut terus lari kerana malu dan takut. Malah
nama Syeikh Sidi juga pernah disebut-sebut oleh para ulama lain termasuklah dari
mulut almarhum Dr. Uthman El-Muhammadi semsa hayatnya, dan turut juga di kenali
oleh Yang Berhormat Dato’ Nik Abdul
Kadir bin Haji Nik Muhamad (Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan) tentang
kemasyuran ceramah dan ramai pendengarnya 9
.
NAMA TUBUH
Nama sebenar Tuan Syeikh Sidi Abdul
Latif bin Awang ialah Sayyid Ali Badruddin 10
yang menurut khabar dari ramai
masyarakat Kampung Kutan 11 beliau adalah
berasal dari Hadhramaut. Kenyataan beliau yang berasal dari Hadhramaut adalah
juga bersandarkan kepada hujjah yang kuat pada pangkal nama asalnya yang
berketurunan “Sayyid” yang di ketahui bahawa gelaran Sayyid adalah rata-ratanya berasal dan berketurunan dari Hadhramaut 12. Adapun menurut
kenyataan dari ahli keluarganya di Terengganu, beliau adalah berasal dari
Pattani Darussalam 13 . Di atas dua kenyataan
yang berbeza ini dan sekiranya benar kedua-dua kenyataan tersebut, maka penulis
beranggapan bahawa berkemungkinan pada peringkat mula-mula beliau atau
bapa-bapa beliau berhijrah dari Hadhramaut ke Alam Melayu ini adalah di Pattani,
dan kemudiannya Tuan Syeikh ini mengembara ke negeri-negeri lain seperti
Singapura, Kelantan dan Terengganu, dan sekiranya
benar beliau adalah berasal dari Hadhramaut maka dipercayai bahawa nama asal
bapanya bukanlah “Awang” 14 kerana nama Awang hanya digunakan bagi
penduduk-penduduk Melayu dan di alam Melayu sahaja.
Oleh
itu pada jangkaan penulis bahawa apabila keluarganya menetap di Pattani maka
nama asal tubuh keluarganya telah ditukar kepada nama yang berbentuk tempatan
seperti Awang, atau berkemungkinan juga bahawa nama Awang tersebut adalah hanya
nama yang diletakkannya sendiri sebagai penyempurnaan nama di dalam kad
pengenalan pada masa itu 15.
Menurut cerita isterinya Mak Asmah binti
Muhammad 16, nama Sidi Abdul Latif
yang digunakan oleh Sayyid Ali Badruddin adalah bersempena dengan nama gurunya
di Singapura yang berasal dari Istanbul Turki yang telah mewasiatkan supaya
menggunakan namanya selepas beliau meinggal dunia. Maka apabila gurunya itu maninggal
dunia maka Sayyid Ali Badruddin terus menggunakan nama Sidi Abdul Latif sebagai
namanya termasuklah didalam kad pengenalan apabila beliau menetap di
Semenanjung Tanah Melayu. Dipercayai negeri yang mula-mula dikunjungi di dalam
usaha dakwahnya ialah di Kampung Kutan Kelantan dan kemudian ke Terengganu.
Adapun gelaran “Sidi” adalah sebutan bagi yang
berketurunan Rasulullah yang biasanya di gunakan bagi penduduk-penduduk selain
Hadhramaut seperti di Turki dan ada juga di Mesir 17. Selain itu ada juga yang berpendapat bahawa
“Sidi” itu bermaksuf “Guru”, atau ia boleh
juga ditafsirkan sebagai satu lafaz yang berasal daripada perkataan “Sayyidi” yang
telah diringkaskan sebutannya dan berubah kerana pelek sebutan orang-orang tempatan
khasnya orang-orang Melayu Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu seperti
nama Abdullah menjadi Dolah, Abdul Rahman hanya menjadi Deraman sahaja, dan
seumpaamanya lagi. Wallahu a’lam.
KELAHIRAN DAN KEMATIANNYA.
Tidak banyak yang dapat diketahui tentang asal
usul tokoh ini oleh penulis begitu juga tentang kehidupannya semasa kecil dan asal
usulnya yang lain kerana beliau adalah seorang tokoh pendakwah yang hidupnya
dipenuhi dengan pengembaraan. Tarikh lahir sebenar tokoh ini belum dapat dipastikan
cuma berdasarkan pada usia kematiannya yang dihitung ialah beliau meninggal
dunia ketika berusia 63 tahun. Ini bermakna bahawa beliau lahir pada tahun 1915
Miladi dan kemudiannya telah meninggal dunia pada 15 April 1978 Miladi di dalam
usia 63 tahun di Kuala Terengganu. Mudah-mudahan catatan ringkas tentang tokoh
yang belum pernah diketengahkan ini akan dapat dijadikan pembuka bagi
pengkaji-penhgkaji sejarah pada masa akan datang. Insyaallah.
PENGHIJRAHAN
KE KELANTAN DAN TERENGGANU
Tarikh sebenar penghijrahan beliau ke Kelantan
tidaklah di ketahui cuma dapat diandaikan bahawa ianya berlaku pada sekitar
tahun-tahun penghujung 1930an atau 1940an berdasarkan riwayat yang mengatakan
bahawa beliau berhijrah ke Kampung Kutan semasa usianya yang masih muda lagi,
dan kemudiannya ke Negeri Terengganu sekitar tahun 1950an berdasarkan kepada
usia anak sulungnya yang di Terengganu yang kini sudah berusia 57 tahun (2014).
Penghijrahannya ke Kelantan mempunyai cerita yang
cukup menarik dan baik untuk dikongsi. Telah diriwayatkan bahawa Wan Amat bin
Haji Salleh 7 bahawa pada suatu malam telah
melihat seekor kuda putih berlari dan memasuki serta berhenti di belakang
rumahnya yang bersebelahan dengan Masjid Kampung Kutan 8. Pada pagi harinya Syeikh Sidi Abdul
Latif yang berasal dari Hadhramaut itu telah menziarahi dan bermukim di Kampung
Kutan di rumahnya itu dan dijadikan anak angkat oleh Wan Amat bin Haji Salleh,
serta telah diajadikan sebagai pusat penyebaran dakwahnya di Kampung Kutan. Peristiwa
ini berlaku adalah semasa Tuan Syeikh ini masih muda dan belum berkeluarga.
Dipercayai juga bahawa Tuan Syeikh Sidi Abdul Latif ini sudah alim semasa
berusia 14 tahun lagi 9.
Menurut Encik Abdul Wahab bin Ali 8 bahawa Sidi Abdul Latif ke Terengganu
adalah melalui beberapa orang yang kemudiannya telah membuka ruang untuknya
mengajar di Surau Pak Cu Leh Seberang Takir, Kuala Terengganu. Kemudian Syeikh
Sidi Abdul Latif telah diberi sebuah rumah untuk kediaman 9 oleh penduduk di Kampung Batin dan
terus mengadakan kuliahnya di rumah tersebut pada tiap-tiap pagi Jumaat dan mengadakan
ceramah umum di Masjid Kampung Batin. Apabila Tuan syeikh sidi abdul Latif
mengahwini
Mak Asmah Binti Muhammad maka beliau sentiasa berulang
alik ke Kelantan dan Terengganu sehinggalah beliau meninggal dunia.
KELUARGA
Sidi Abdul latif setakat dimaklumkan bahawa
ada yang berpendapat beliau mempunyai 3 isteri atau ada yang berpendapat
mempunyai 4 isteri, dan diantara Isteri-isterinya itu cuma Mak Asmah binti Muhammad (76 tahun) sahaja yang berasal dari negeri Terengganu dan yang masih
hidup dan yang dapat di temui oleh penulis. Hasil dari perkahwinan dengan Mak
Asmah binti Muhammad di Kampung Seberang Takir, maka beliau telah memperolehi
beberapa orang zuriat yang antaranya ialah Dr. Syarifah Rohana yang mempunyai
beberapa buah klinik yang ramai pengunjungnya di Negeri Terengganu.
PERWATAKAN DAN BENTUK DAKWAH
Syeikh Sidi Abdul Latif menurut kenyataan dari
ramai termasuk dari ahli keluarganya yang ditemui menyatakan bahawa tubuh
Syeikh Sidi Abdul Latif kecil dan sentiasa memakai baju melayu bersama sampin
dan memakai tarbus kemana-mana sahaja.
Syeikh Sidi Abdul Latif bin Awang cukup
masyhur dengan metod dakwah yang secara santai dan berceramah secara umum tanpa
kitab, dan ada juga secara berkitab semasa berdakwah di Terengganu. Setiap kali
beliau berceramah antaranya di masjid Kampung Kutan maka pasti dipenuhi oleh
para pendengar sehingga melimpah keluar masjid dan ada yang terpaksa
mendengarnya di halaman masjid sambil bersila di atas tanah 11.
PERISTIWA LUAR BIASA DAN KEMASYHURANNYA
Semasa hayatnya beliau cukup terkenal dengan
ilmu-ilmu kepahlawanan dan kehebatan sehingga sentiasa disebut-sebut sebagai
seorang yang mempunyai keramat dan dihormati. Kepetahan dan kealiman Tuan
Syeikh tersebut telah berjaya menghimpunkan ramai murid-murid dan pendengar
ceramah lisannya tanpa berkitab. Antara cerita-cerita yang sempat penulis
catatkan disini ialah antaranya peristiwa baling telor busuk semasa Tuan Syeikh Sidi
berceramah di Pasir Putih Kelantan sebanyak tujuh biji tetapi semuanya tidak
mengena. Selepas itu orang tersebut memohon maaf dan terus berguru dengannya 12.
Pada satu waktu dahulu penulis pernah juga mendengar dari
perbualan orang-orang kampung Kutan bahawa pada satu masa dahulu Tuan Syeikh
pernah menaiki perahu bersama murid-muridnya dan salah seorang dari muridnya
itu ingin mengetahui dan mempelajari beberapa ilmu hikmat lalu tiba-tiba semua murid-muridnya yang
berada di atas perahu itu terjun sungai kerana mendengar suara yang kuat dari
Tuan Syeikh Sidi.
Bagi kita yang tidak pernah melalui peristiwa-peristiwa
sebagaimana tersebut berkemungkinannya akan mentafsir dengan berbagai bentuk
tafsiran sehingga mendewakan seseorang tokoh yang dianggap keramat secara
berlebihan. Maka bagi penulis sebarang peristiwa yang dianggap luar biasa itu
wajib dikembalikan kepada Allah dan tidak perlu terlalu diagungkan seseorang
tokoh berdasarkan peristiwa-peristiwa yang seumpamanya, kerana semua yang
berlaku adalah sebahagian dari Tanda Kebesaran Allah jua.
PENUTUP
Syeikh Sidi Abdul Latif yang sepanjang hayarnya amat
masyhur dengan ilmu-ilmu hikmat kebatinan dan ini dapat digambarkan oleh amalan
para muridnya yang pernah penulis kenali dan kini setengahnya sudah meninggal
dunia. Rumusan juga dapat dibuat bahawa penyebaran dan perkembangan dakwah Islam
di Alam Melayu khasnya di Kelantan dan Terengganu adalah pada rata-ratanya di
sebar oleh pendakwah dari Hadhramaut yang mungkin cukup sinonim dengan jiwa
penduduk setempat yang lebih cenderung kepada ilmu-ilmu hikmat kebatinan dan
tasauf. Pada faktanya juga telah membuktikan bahawa datuk kepada Tuan Guru Tok
Wan Ali Al-Kutani pun berasal dari Hadhramaut iaitu Abdul Ghafur pada era
tahun-tahun 1700 Miladi dan pada era awal dan pertengahan abad ke 20
termasuklah Sayyid Badruddin atau Syeikh Sidi Abul Latif ini.
7 Kenyataan dari Haji Wan Mamat bin Wan Isa (83 tahun), guru pencen dan
merupakan seorang penduduk asal Kampung Kutan. Diwawancara pada 13 Julai 3013
di rumahnya di Kampung Kutan Tengah, Kelantan.
8 Penulis dengar cerita ini pada sekitar tahun 1996 dari almarhum Wan
Abdullah bin Wan Omar seorang guru Silat Tongkat dan Sendeng di Kampung Kutan Tengah,
yang telah meninggal dunia pada tahun 2010 didalam usia yang hampir mencecah 80
an.
9 Wawancara melalui telefon di pejabatnya pada 19 Mac 2014.
Menurutnya beliau pernah juga ada mendengar ceramah Sidi Abdul Latif tetapi
tidak berguru dengannya.
10 Wawancara menantunya, Haji Roslan bin Omar (53
tahun) pada 11 Ogos 2013 dirumahnya Ulu Takir Kuala Terengganu.
11 Dipercayai Kampung Kutan adalah yang
mula-mula tokoh ini menetap di Semenanjung Tanah Melayu selepas berhijrah dari
Singapura. Kampung Kutan adalah Kampung yang melahirkan tokoh ulama yang
terkenal iaitulah Tuan Guru Haji Wan Ali Al-Kutani bin Wan Abdul Rahman bin
Ghafur (Guru kepada Tok Kenali dan pengarang kitab yang terkenal antaranya
Lum’atul Aurad) juga merupakan berasal usul dari Hadhramaut iaitu dari datuknya
Haji Abdul Ghafur. Keluasan Kampung Kutan pada asalnya adalah bermula dari
Kampung Padang Embun (asalnya Kampung Kutan Hulu yang bersempadan Masjid Wakaf
Merah - Tendong) sehinggalah ke bulatan cabang 3 Pasir Pekan yang sekarang ini
sudah bertukar sebagai Pasir Pekan Hulu atau kampung Baru. Penduduk asal
Kampung Kutan adalah dari berketurunan dan berasal usul dari “WAN” . Sekarang
ini ia adalah di bawah DUN Pasir Pekan yang jaraknya dari Bandar Kota Bharu
adalah sekitar 5 Kilometer sahaja. Bagi keseluruhan penduduk asal Kampung Kutan
pasti akan mengetahui cerita dan asal usul Syeikh Sidi Abdul Latif ini, atau
paling tidak akan biasa mendengar namanya kerana tempoh mukimnya di Kampung ini
adalah lama dan juga dikatakan mempunyai keluarga.
12 Kenyataan dari Ustaz Syaharuddin bin Saleh yang pernah
belajar di Darul Mustafa, Yaman dari tahun 2000 hingga 2003. Antara
guru-gurunya di sana antaranya ialah
Habib Omar bin Muhamad bin Sallim bin Hafiz bin Syeikh Abu Bakar bin
Salim, dan Habib Ali Zainal Abidin bin Abdul Rahman Al-Jufri. Sekarang beliau
bertugas sebagai Mudir di SMU(A) Riayatul Diniah, Bukit Mas Tanah Merah. Di Wawancara
pada 19 Mac 2014 di sekolahnya. Menurutnya bahawa di Hadhramaut memang mesyhur
dengan banyaknya aliran-aliran tasauf dan para Waliyullah.
13 Wawancara bersama isteri bongsunya Mak Asmah binti Muhammad (77 Tahun) di
rumahnya anaknya Dr. Syarifah Rohana binti Sidi Abdul Latif di Ulu Takir, Kuala
Terengganu pada 10 Ogos 2013.
14 Nama Awang adalah biasa digunakan bagi
masyarakat Melayu sahaja, khasnya Pattani, Kelantan, Terengganu dan sesetengah
bagi negeri-negeri lain di Alam Melayu, dan mustahil bagi orang-orang
Hadhramaut pun bernama “Awang”. Perlu juga di catatkan disini bahawa jika
ditelususri pendakwah-pendakwah yang datang ke Tanah Melayu semenjak dahulunya
adalah kebanyakannya dari Hadhramaut atau berketurunan dari Hadhramaut seperti
Tok Wan Ali Al-Kutani.
15 Penggunaan nama pada Kad Pengenalan pada masa itu tidaklah terlalu rumit
sehingga banyak kes nama-nama yang dicadang oleh kedua ibubapa telah bertukar
kepada nama atau sebutan yang lain.
16 Beliau adalah satu-satunya isteri almarhum yang berasal dari Terengganu,
dan Mak Asmah binti Muhammad juga adalah isteri Sidi Abdul Latif yang bongsu
dari 2 isterinya. Dua isterinya yang lain adalah berasal dari Kelantan, dan
penulis masih belum berkesempatan untuk dapat menyelidiki dan menjejaki
keduanya itu.
17 Wawancara Ustaz Syaharuddin bin Salleh. Op.cit.
7 Wawancara Encik Mas Hassan
bin Muhamad Zain (cucu Wan Amat bin Haji Salleh), pada 16 Oktober 2013. Beliau
berusia 54 tahun dan telah menetap di Kampung Laut, Tepi Sungai sebagai
pengusaha dodol. Menurut Encik Mas Hasan, Wan Amat telah meninggal dunia pada tahun 1979 di dalam usia 76 tahun di Kampung Kutan
Tengah.
8 Rumah tersebut adalah menjadi tempat
bermain tidur bangun penulis semasa remaja dahulunya. Ia hanya terletak
beberapa rantai sahaja dari Masjid (dua minit berjalan kaki sampai ke masjid.) Masjid
Kampung Kutan terletak di tepi jalan raya utama Pasir Pekan ke Pasir Mas. Ia
dibina pada awalnya dengan pungutan derma serta gotong royong penduduk
masyarakat kampung. Masjid itu sekarang ini telah ditukar kepada nama Masjid
Haji Wan Ali bersempena dengan nama tokoh ulama tempatan yang masyhur iaitu
Tuan Syeikh Haji Wan Ali Kutan bin Haji Abdul Rahman bin Ghafur
8 Beliau berusia 66 tahun dan telah diwawancara pada 11 ogos 2013 dirumahnya
di Kampung Batin Seberang Takir Kuala terengganu
9 Tapak rumahnya adalah bersebelahan dengan masjid Kampung Batin sekarang
ini.
11 Wawancara Cikgu Haji Wan Mamat bin Wan
Isa, 83 tahun, penduduk asal Kampung
Kutan yang sempat mengetahui tentang tokoh ini di dalam zamannya. Diwawancara
pada 22 Jun 2013 di rumahnya di Kampung Kutan Tengah.
sidi abdul latif ni ke yg susun aurad muhammadiah selepas solat??
ReplyDeleteSaya tidak pasti auraf muhammadiah tu mcmna. Tetapi sekiranya zikir dan wirid yg telah biasa diamalkan selepas solat oleh masyarakat di alam melayu ini adalah bersusur galur kpd amalan syeikh al qusyasyi madani yg kemudian diajar oleh syeikh abdul samad falimbani
Deletebeliau mati 1979 bkn 78
ReplyDeleteye betol tahun 1979
ReplyDeleteTerime kasih tlh kongsikn tntg tokki sye, wlaupun sye xkenl spnuhnye tokki sye, ayah sye byk crtekan kpd kluarge sye yg tokki sye sorg yg hbat..
ReplyDeleteTuan orang terengganu ke Kelantan
Delete