SYAIR MUNAJAT DUKA
Oleh : WAN BAHARUDDIN
AL-KUTANI
Bismillah
Lafaz Bismillah penuh
rahsia
Kalimah mulia tiada
terkira
Diucap pada setiap
ketika
Insyaallah usaha
dalam RahmatNya
Bismu itu dengan nama
Allah itu Nama ZatNya
Muqayyad dengan
berbagai kerja
Ingat pada setiap
mula
Tiada Bismillah pada segala
Pasti hampa mengekori
kita
Kerna lupa pada
Pencipta
Akhirnya Syaithan
tuan seloka
Aduhai tuan janganlah
malang
Petua sudah ada di
tangan
Firman Tuhan jangan
dibuang
Alamat neraka jadi
taruhan
Hamba ini tukang
cerita
Untuk pedoman kita
bersama
Siang dan malam itu
tanda
Ada Pencipta Maha
Berkuasa
Pagi dini kabus
sejahtera
Bangun pagi
syukurilah Dia
Nikmat diberi tanpa
harga
Tidak terbeli walau
emas seraga
Pandang langit zikir Ilahi
Sambil Baca Ali-Imran
10 akhiri
Itu sunnah Nabi yang
beri
Bila ikut, pasti
jannati.
Bangkit solat
qiamullaili
Jadikan teman fajar
diri
Ditutup akhir dengan
witiri
Insyaallah Rahmat ke
siang hari.
Kita ini satulah negeri
Kelantan, Terengganu,
Kedah dan pattani
Sudah jauh zaman lalui
Bila masa ingin bersemi.
Merong Mahawangsa
nama diberi
Sebuah empayar kuat
bistari
Sudah lama masa terperi
Tapi kini tiada lagi.
Aduhai kawan aduhai
rakan
Bangkitlah dari
ulitan zaman
Usah lalai sejuta
tipuan
Kerna itu godaan syaithan
Merdeka kita nyawa
taruhan
Berani itu senjata
iman
Kalau hati perut tawan
Pasti dunia tidak
keruan.
Pejuang dahulu gadai
nyawa
Kita pula tergadai
harga
Perut kecut tidak
terkira
Bila nampak wang
berjuta
Jangan asyik terus
begini
Sudah berabad tiada
mengerti
Walau ditindas setiap
inci
Kita masih tiada
hati.
Ditawan diikat tangan
kaki
Melangkah pun kena
gari
Kalau jantan sudah
begini
Lebih baik jadi bini.
Golok
26 Ogos 2015.
No comments:
Post a Comment