SYARAT-SYARAT MENGAMALKAN AMALAN KEBATINAN
ATAU KEROHANIAN
MENURUT ISLAM
Islam
telah menggariskan beberapa syarat di dalam setiap amalan termasuklah syarat
bagi mengamalkan mana-mana amalan kebatinan atau kerohanian. Sekiranya
berkeinginan kuat dengan amalan-amalan selain dari yang telah warid dari
Rasulullah s.a.w. maka sayugianya supaya memperhati atau meneliti setiap amalan
atau kaedah amalan tersebut menepati dengan beberapa perkara yang menjadi
syarat sebagai panduan yang telah ditetapkan ulama. Antara yang telah di
gariskan ulama antaranya ialah 19;
i. Semua bacaan amalan tersebut mestilah di fahami kerana di bimbangi ianya boleh membawamaksud kepada
Syirik kepada Allah dan mempunyai unsur-unsur yang lain yang bercanggah dengan
Islam tanpa disedari oleh pengamalnya 20.
Adapun
bacaan yang telah sah warid dari Allah iaitu Al-Quran maka sekiranya tidak
difahami maknanya maka tidak menjadi kesalahan kerana amalan tersebut adalah merupakan
Kalimah Allah yang telah diyakini secara mutawatir keberkatanNya. Begitu juga
sekiranya doa atau amalan yang warid dari Rasulullah berdasarkan pada
Hadis-hadis yang sahih maka juga tidak menjadi kesalahan. Sekiranya
amalan-amalan yang bersumberkan dari Hadis yang dha’if maka ia juga boleh
diamalkan setakat bab-bab fadail amal saja. Tetapi jika ianya dari bahasa Arab
yang bukan dari Al-Quran dan Hadis yang sah atau ulama-ulama yang muktabar,
maka sepatutnya perlu juga difahami oleh pengamalnya supaya dapat mengelak dari
berlaku kesalahan sebut atau kekeliruan yang membawa kepada perkataan munkar
seperti perkataan مشايخ (masyayikh) iaitu segala guru-guru telah tertukar atau ditukar kepada مساىْه
(masaih) iaitu yang diingini
pengertian bagi mereka yang sesat dari permainan Gabih yang berasal dari ahli
Thariqat yang sesat sebagai “beberapa hantu yang turun atas orang yang lupa
itu” 21
ii. Tiada unsur-unsur Tawassul di dalam amalan dan bacaan tersebut seperti
memohon kepada mana-mana keramat atau Waliyullah untuk didatangkan kekuatan ke
atas pengamalnya. Sekiranya amalan atau doa tersebut memohon kepada Allah
supaya dikurniakan ilmu sebagaimana yang telah Allah kurniakan kepada
orang-orang yang soleh maka amalan atau doa tersebut tidak berupa tawassul dan
tidak menyalahi di dalam ‘aqidah Islam 22.
iii.
Beri’tiqad bahawa hanya Allah Ta’ala yang memberi bekas terhadap sesuatu
perkara yang berlaku samada sesuatu itu berupa kehebatan atau sesuatu yang
mencarik adat. Sesungguhnya apa jua yang berlaku adalah datang dari Ketentuan
dan Kuasa Allah bukan dari kuasa-kuasa yang lain seperti khadam, Jin, syaithan
atau apa-apa sahaja amalan yang dibaca 23.
Selain
dari itu perlu juga diperhatikan beberapa perkara yang patut dijadikan syarat
dan juga penting yang berdasarkan kepada beberapa kajian dan penyelidikan
penulis dari beberapa pandangan ulama dan dari beberapa pengalaman terhadap
punca-punca kepada terjerumusnya seseorang kepada kumpulan ajaran sesat 24 atau bentuk amalan yang membawa kepada
sesat antaranya ialah ;
i. Tidak mengenal pasti latarbelakang seseorang guru yang ingin diambil
sesuatu amalan darinya sedangkan guru adalah pembimbing dan neraca ilmu kepada
segala amalan yang akhirnya membawa kepada jalan benar atau sebaliknya. Oleh
itu wajib bagi seseorang murid itu mengambil sesuatu ilmu dan amalan itu dari
yang diketahui dan dikenal ‘alim serta berpegang kuat pada Islam sebagaimana
yang telah berkata Ibnu Zarruq yang telah dipetik oleh Tuan Syeikh Ahmad
Al-Fathani di dalam kitabnya, Fatawa Al-Fathaniyah ;
شيخ لم
يظهر كل
بالسنة فلا يصح اتّباعه لعدم تحقق حاله
وان صحّ في نفسه وظهر عليه الف الف كرامه
“Tiap-tiap Syeikh yang tiada zhahir
dengan jalan syara’ maka tiada sah ikutnya kerana ketiadaan tahaqquq halnya,
dan jika sah ia pada dirinya dan zhahir atasnya seribu ribu karamah sekali pun”
25
ii. Tidak ada ilmu
asas tentang Islam iaitu dengan kata lain tidak mempelajari ilmu-ilmu fatdhu
‘ain (feqah, tauhid dan akhlak) secara teratur dan baik, melalui jalur-jalur
pengambilan ilmu yang sahih. Antara yang menjadi punca utama kepada rata-rata
pengikut ajaran salah atau amalan sesat itu ialah tidak memahami dan tidak ada
pegangan amalan asas yang kuat di dalam amalan fardhu ‘ain seperti
solat dan sebagainya, kerana sesungguhnya berkata para ulama, العلم امام العمل “Ilmu itu ketua bagi amal”.
iii. Bergaul atau dijadikan kawan rapat dengan orang-orang yang kuat pegangan
ilmu salahnya sehingga akhirnya seseorang itu terpengaruh dengan ajaran salah
tersebut sebagaimana yang berlaku kepada Puan Kamariah. Menurut
kenyataan dari Puan Kamariah yang ditemui pada sekitar bulan Oktober 2004 di
kem ajaran sesat Ayah Pin di Kampung Batu 13 Jalan Keruak Ulu Besut (Jerteh),
Kuala Terengganu bahawa pada asalnya beliau tidak percaya dan tidak dapat
menerima dengan ajaran Ayah Pin, namun oleh kerana almarhum suaminya adalah
pengikut Ayah Pin dari semenjak tahun 1970 an lagi, maka akhirnya beliau
terpengaruh dan menerima ajaran salah tersebut.
iv. Menjauhi sesuatu
amalan yang ‘menentukan’ akan berlaku sesuatu yang “carik adat” seperti
mengamalkan ilmu untuk menjadi kebal, ghaib, gagah luar biasa, berjalan di atas
air dan sebagainya kerana dibimbangi itu adalah sebahagian daripada tipu daya
syaithan dan jin ke atas manusia. Berkata Syeikh Ahmad Al-Fathani di dalam
Fatawa Al-Fathaniyah bahawa, “ terhasil sesuatu yang pelik (majzub, carik adat
atau apa-apa saja yang luar biasa: P) itu dengan sebab bermain-main jin yang
fasiq-fasiq atau syaithan dengan orang itu dan jikalau adalah ia dibawah
tarbiyah guru sekali pun” 26.
v.
Tidak merujuk sesuatu
cara atau amalan yang bakal dilakukan itu menepati dengan Syariat Islam atau
tidak. Amalan meditasi Yoga yang sesetengahnya telah diserap ke dalam
amalan-amalan kebatinan seni silat masih menjadi amalan bagi kebanyakan
kumpulan-kumpulan seni silat seperti latihan aura warna-warna. Malah ada sesetengah dari pengamal atau
guru-guru tersebut mengaitkan dengan teori-teori sains supaya ilmu-ilmu sihir
mereka itu diterima oleh pengikut-pengikutnya seperti mengaitkan dengan “Kuasa
Minda” dan sebagainya. Kaedah yang patut menjadi panduan oleh orang-orang awam
ialah dari panduan ulama iaitu ;
حفظ
النظام الشريعة واجب
Dan jika ada
beberapa keraguan yang meragukan dari apa-apa perkara samada dari amalan atau
cara-cara gurunya, samada cara-cara amalan, bacaan amalan atau sebagainya maka
hendaklah ditinggalkan.
MAKTABAH QADIM
No comments:
Post a Comment