KITAB SENJATA LAKI-LAKI
Penulis telah menemui sebuah naskhah berupa risalah kecil
yang bernama Senjata Laki-Laki yang
ditulis oleh Muhammad Muhyiddin Al-Ghazali Bin Haji Abdullah Al-Fajuri
Al-Kelantani dari Madrasah Ahmadiyah Bunuk Payung Kota Bharu yang setebal 16
halaman yang kepunyaan asal risalah tersebut adalah dimiliki oleh al-marhum Wan
Abdullah Bin Wan Ahmad, Kampung Baharu, Pasir Pekan Kelantan yang telah
diwarisi pula untuk penjagaan oleh anak-anaknya. Risalah ini dipercayai telah
tamat didipelajari oleh al-marhum Wan Abdullah berdasarkan pada catatan-catatan
tangan yang ada pada risalah tersebut bersama dengan catatan tarikhnya iaitu pada
tarikh 4 Februari 1954 Miladi. Antara isi kandungan risalah tersebut adalah antaranya
doa Zul Faqar, kaifiat “KAF 40” menjadi tebuang, amalan Thariqat Kiyai Salleh,
kebal mandi minyak, kelebihan isim ذى الجلال والاكرم, khasiat surah
الم نشرح dan seumpamanya. Ia dicetak oleh Al-Mathba’ah Al-Aahliyah, Kota
Bharu Kelantan yang tidak tertulis tahun cetaknya.
Sedutan dari bahagian Khatimah “Kitab Senjata Laki-Laki”
oleh Muhammad Muhyiddin Al-Ghazali Bin Haji Abdullah Al-Fajuri Al-Kelantani ;
“Setengah daripada khasiat surah “alam nasyrah”
bahawasanya barangsiapa mengekali membaca mengiringi sembahyang lima waktu
nescaya dimudahkan Allah akan pekerjaan dan rezeki sekira-kira tiada dapat dikirakannya,
dan kata setengah ulama bahawasanya membaca akandia itu memudahkan rezeki dan
membukakan dada dan menghilangkan kepayahan pada segala pekerjaan serta
menggemarkan orang yang segan pada mengerjakan taat, dan khasiatnya bagi
menunaikan hajat. Barangsiapa sukar pada pekerjaan dunia atau Akhirat hendaklah
sembahyang dua rakaat kemudian duduk berhadap kiblat dan hadap hati kepada
Allah dan baca surah “alam nasyrah” 152 kali kemudian pohonkan hajatnya kepada
Allah, nescaya ditunaikan hajatnya dengan izin Allah Ta’ala ....” (Halaman 14)
CATATAN : Disarankan kepada
pembaca yang berkeinginan untuk mengamalkan wirid-wirid tersebut maka
digalakkan supaya merujuk kepada teks asal kitab-kitab tersebut terlebih dahulu
dan “menadah” daripada guru-guru yang ‘arif
(para ulama).
No comments:
Post a Comment