SENI SILAT DI SEKOLAH AGAMA
Agama Yayasan Islam Kelantan
(YIK).
Program seni silat di sekolah-sekolah agama Yayaan Islam
Kelantan (YIK) pada rasminya telah mula di aktifkan pada tahun 2010 dengan
tertubuhnya Majlis Seni Silat YIK iaitu
sebuah jawatankuasa sekretariat Seni Silat di peringkat YIK pada 4 Mei 2010. Ekoran
dari itu maka pihak Yayasan islam Kelantan melalui Majlis Seni Silat YIK telah menganjurkan
buat julung kalinya acara Karnival Seni Silat YIK pada 12 Sya’ban 1431 Hijrah
bersamaan dengan 24 Julai 2010 Masihi dengan acara pengisian utamanya ialah pertandingan
seni silat dan persembahan pendekar pelajar-pelajar bagi seluruh sekolah-sekolah
agama Yayasan Islam Kelantan. Hasil daripada Karnival itu didapati bahawa ada tujuh
aliran Perguruan Seni Silat yang berbeza yang bergerak aktif di sekolah-sekolah
dengan menggunakan sistem Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Seni Silat,
Modul dan pentaulihan Jurulatih adalah menurut sistem dan acuan pertubuhan
masing-masing iaitu aliran;
i.
Perguruan Seni Gayung Fatani Kelantan.
ii.
Seni Silat Pusaka Gayung.
iii.
Seni Silat Gayung Serantau.
iv.
Seni Silat Gayung Warisan.
v.
Seni Silat Gayung 3 Kalimah.
vi.
Seni Silat Gayung Malaysia.
vii.
Kumpulan Gayung ADMA (Aawang Daud martial Arts).
Seterusnya pada tahun 2011, aktiviti seni silat di
sekolah-sekolah YIK semakin dapat diperkasakan dengan terlantiknya tenaga
pengadil (Wasit Juri) yang bertauliah peringkat TIGA (3) dari Persekutuan Seni
Silat Kebangsaan (PESAKA) kepada guru-guru Yayasan Islam Kelantan pada 1
haribulan Jun 2011. Bersama dengan itu juga terbentuklah sebuah “GAGASAN
RESOLUSI IDEA” pemaduan dan
pemerkasaan aktiviti seni silat yang telah di lahirkan bersama guru-guru
peserta, jurulatih-jurulatih seni silat dan Dr. Yaacob bin Haji Yusoff Awang
selaku pembentang kertas kerja seminar dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan
Ismail (KIAS) yang bermatlamatkan kepada Keperluan Penyediaan Aktiviti Modul
Bersepadu Kelas Seni Silat di Sekolah-Sekolah Yayasan Islam Kelantan yang
bertempat di bilik seminar Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan.
GAGASAN RESOLUSI IDEA PEMADUAN DAN PEMERKASAAN SENI SILAT YAYASAN ISLAM
KELANTAN.
i.
Menyeragamkan hasrat dan matlamat aktiviti seni silat di
atas jalan yang menepati dengan “Dinul Islam” dan mengikhlaskan niat
hanya kepada Allah, serta selari dengan Misi dan Visi Yayasan Islam Kelantan
berteraskan prinsip UMI.
ii.
Mewujudkan sebuah kurikulum Seni Silat YIK yang sepadu
menurut acuan Islam, serta nilai-nilai baik tradisi seni silat orang-orang Melayu
untuk di gunapakai di dalam pengajaran dan pembelajaran seni silat di
sekolah-sekolah.
iii.
Mempunyai rujukan teks atau buku-buku seni silat
sebagai panduan terutamanya yang berupa kajian-kajian “Seni Silat Melayu dan
Islam”.
iv.
Seni Silat di jadikan sebagai alat untuk membentuk,
melatih dan melahirkan pahlawan-pahlawan “Jihadiah” yang berbentuk
kontemporari.
v.
Menjadikan seni silat sebagai acara sukan yang wajib
di terima dan ianya berbentuk “Keceriaan”.
vi.
Memperkasakan jurulatih-jurulatih seni silat di sekolah-sekolah
sebagai sebuah pelaksana penting misi dan visi.
vii.
Menjadikan seni silat sebagai sebahagian daripada alat
bantu pendidikan di sekolah-sekolah.
viii.
Aktiviti seni silat perlu di kendalikan secara
profesional melalui di wujudkan sebuah badan pengendali di peringkat
negeri, jabatan dan sekolah.
ix.
Mendapat peruntukan yang berterusan dan mencukupi
dari Kerajaan Negeri Kelantan dan Yayasan Islam Kelantan.
Justeru untuk merealisasikan keseluruhan sembilan (9)
Gagasan Resolusi Pemerkasaan Seni Silat YIK tersebut, maka beberapa usaha telah
di ambil antaranya berusaha mewujudkan sebuah bentuk GERAK SERAGAM yang dapat
di jadikan sebagai satu asas pemaduan aktiviti seni silat di peringkat YIK.
Pada 28 April 2012 (Sabtu) seramai 1000 (Seribu) pesilat
yang terdiri daripada pelajar-pelajar Pasukan Berunifom Seni Silat YIK bersama
dengan 1012 (Seribu Dua Belas) pesilat dari Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan
(MKN) telah berjaya mengadakan dan mempamirkan satu POLA LANGKAH SILAT yang
seragam bersempena “Perhimpunan 2012 Pendekar” di hadapan YAB. Dato’
Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)
dengan mendapat perhatian membanggakan dari YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan.
Seterusnya pada tanggal 1
Mei hingga 3 Mei 2012 yang bertempat di Kem Darul Hanan, Tumpat Kelantan, telah
terlaksanalah sebuah kursus “Kejurulatihan Seni Silat Yayasan Islam Kelantan”
kali pertama (Tahap Satu) dengan menggunakan SATU MODUL Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) yang seragam. Kursus yang dikendalikan oleh Dr. Aziwaija
bin Yeop iaitu seorang pakar seni silat bertaraf dunia yang juga penyelaras
Modul Seni Silat Malaysia Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Malaysia
(JKKN) telah memberikan reaksi positif dari guru-guru penasihat kelab seni
silat sekolah-sekolah dengan kehadiran peserta guru seramai 33 orang.
Aktiviti-aktiviti
seni silat di sekolah-sekolah agama yang sedang berlangsung samada di peringkat
negeri-negeri atau sekolah-sekolah agama swasta atau Pondok-Pondok seharusnya
terus di perkasakan selaras dengan usaha untuk melahirkan para Da’i atau pendakwah
di dalam masyarakat seni silat. Serta
ia juga sebagai usaha untuk mengembalikan warisan keperwiraan serta amalan para
Ulama yang terdahulu seperti Syeikh Daud Al-Fatahni, Syeikh Abdul Samad
Al-Falimbani, Sunan Bonang, Tok Selehor yang kesemuanya adalah merupakan para
pendekar.
PENUTUP
Kewujudan seni silat didalam
masyarakat agama atau ahli agama yang dirasakan masih terlalu asing perlu terus
dibuat pendedahan atau di perlengkapkan sebagai sebuah aktiviti “Sukan Sunnah”
yang mempunyai matlamat yang lebih jauh dan melangkaui alam dunia, iaitu
sebagai persiapan membina kekuatan dan jihad serta ibadat, dan sebagai aktiviti
seni dan sukan yang paling dekat dengan bentuk pendidikan serta dakwah islam
berbanding dengan aktiviti-aktiviti seni atau riadhah yang lain.
Wassalam
No comments:
Post a Comment