APAKAH HUKUM IKTIKAF DI DALAM
SURAU ATAU MUSALLA ITU SAH ?
SURAU ATAU MUSALLA ITU SAH ?
Surau atau musalla atau seumpamanya banyak
diperbincangkan tentang taraf kegunaannya iaitu adakah ianya boleh dibuat solat
tahiyyatul masjid dan niat iktikaf di atasnya ?. Maka persoalan ini memerlukan
sedikit penelitian tentang makna Masjid dan mausalla atau surau. Masjid atau
Musalla adalah berupa isim makan (الاسم المكان ) iaitu nama bagi menunjukkan sesuatu tempat sujud
(Masjid) dan tempat sembahyang (Musalla). Adapun surau adalah satu perkataan
atau istilah yang hanya diguna pakai oleh masyarakat Melayu khasnya di sebelah semenanjung
sebagai satu tempat untuk melakukan solat ibadat yang lebih kecil saiznya jika
dibandingkan dengan masjid, sebagaimana yang telah didefinasikan oleh Kamus
Dewan sebagai sebuah bangunan yang lebih kecil dari masjid tempat orang-orang
Islam beribadat 1 (sembahyang). Penggunaan
Uruf Qauli yang umum itu memberi faham kepada kita bahawa surau adalah merupakan
sebuah bangunan yang didirikan oleh orang-orang Islam semata-mata untuk dijadikan
sebagai tempat untuk solat berjamaah LIMA waktu oleh masyarakatnya dan bukan sebagai
didirikan untuk tempat perhimpunan orang ramai seperti dewan, atau bukan juga sebagai
bangunan sekolah, atau lain-lainnya. Maka dengan ini ia boleh disama ertikan
sebagai sebuah “masjid ‘Amiyyah” atau masjid biasa sebagaimana yang telah disebut
oleh Imam Mawardi (Abu Hassan ‘Ali bin Muhammad bin Habib al-Basri al-Baghdadi
al-Mawardi) di dalam Ahkam as-Sulthoniyyah . Saiyyid sabiq ada juga menulis di
dalam Fiqh Sunnah tentang definasi masjid itu sebagai tempat untuk melakukan
solat sebagaimana dengan katanya;
ان جعل لها الارض طهورا ومسجدا
قاءما رجل من المسلمين ادركه الصلاة
“Sesungguhnya telah dijadikan bumi ini suci dan masjid yang
didirikan solat oleh orang-orang Islam" 2
Para ulama ada membahagi dan membezakan istilah
penggunaan nama masjid kepada dua jenis iaitu Masjid ‘amiyyah dengan Masjid
Jami’ . Masjid ‘amiyyah ialah masjid biasa yang didirikan oleh orang ramai,
tanpa campur tangan pemerintah dalam pelantikan imam-imam. Ia hanya berdasarkan
kepada pilihan dan persetujuan masyarakat kampung itu sahaja 3. Adapun masjid yang lebih ramai dan
dikuasai oleh pemerintah di dalam menentukan siapa imam yang layak adalah
disebut sebagai masjid jami’ 4 . Masjid
jami’ juga adalah sebagai masjid yang didirikan solat jumaat sebagai yang lebih
utama untuk dilakukan iktikaf diatasnya 5.
tanpa tidak menghalang juga dilakukan iktikaf dan lain-lain ke atas mana-mana
bangunan yang asal sahaja ianya adalah disebut tempat ibadat (masjid)
sebagaimana yang telah disebut oleh Syeikh Khatib Syarbini di dalam Mughni
al-Muhtaj 6.
Dengan kenyataan-kenyataan itu telah menjadi jelas
bagi kita, dan semoga menghilangkan kekeliruan tentang taraf sah atau tidaknya
beriktikaf atau lain-lainnya di dalam surau. Malah ia juga telah dihukumkan sunat
oleh fatwa-fatwa seperti fatawa negeri Terengganu yang menetapkan bahawa surau
itu adalah juga sebagaimana bangunan-bangunan yang lain yang bernama “Masjid” kerana
ia juga adalah sebenarnya sebuah masjid yang didirikan solat berjamaah oleh
segenap masyarakat setempat, dan tidak perlu disyaratkan ada ucapan
“sesungguhnya aku jadikan tempat ini sebagai masjid semasa ingin didirikannya” 7. Kenyataan ini diperkuatkan lagi oleh
fatawa yang telah dikeluarkan oleh jabatan mufti wilayah persekutuan dengan
kenyataannya ;
“Perlu dijelaskan di
sini bahawa pengistilahan surau di negara kita yang mana tidak dilakukan
padanya solat jumaat akan tetapi didirikan solat berjamaah selama lima waktu
maka hukumnya adalah hukum masjid. Boleh untuk kita beriktikaf di dalamnya”
8.
2 Saiyyid sabiq, Fiqh sunnah, Darul
Fathah, Qaherah,
3 Abu hasan ‘ali bin muhammad al-Mawardi;
Al-Ahkam Al-Sultaniyyah wa al-wilayah ad-diniyyah,
5
Syeikh Muhammad Khatib As-Syarbini; Mughni al-Muhtaj,
6.
Ibid, hal.203.
7
Ringkasan Fatwa dan Pandangan Mufti
dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Fatwa dan Adat
Melayu Terengganu (2013)
8 Laman web
jabatan mufti wilayah persekutuan.
No comments:
Post a Comment